Teguran Seorg Sahabat

Assalamualaikum for muslims and hey for non-muslims ☺
Harini, ana ingin berkongsi cara2 jika kita ingin menegur seseorg dgn cara yg lembut :) Moga ana dapat menjadi sahabat yg sebegitu kpd sahabat ana. In shaa Allah. Kita hanya mampu menegur, yg dapat membuka pintu hati dan menggerakkan hati seseorg itu utk berubah hanyalah Allah. Lepas tegur, serahkanlh smuanya kpd Allah. Keep calm and pray the best for your friends :) 

"Kawan baik saya tidak menutup aurat, bagaimana nak nasihatinya?"
-----

Jika bukan kawan baik, nanti dulu. 
Jika kawan baik aka BFF maka hampirilah dia.

Pegang tangan dan mulakan bicara lembut.
Minta maaf dulu. Sopan santun.

"Nak dengar tak satu cerita?"

"Dulu, ada seorang wanita arab Islam. Bertutup muka dan berhijab penuh. Kerjanya membawa susu untuk dijual di pasar Bani Qainuqa'. Suatu hari, kaum Yahudi terlihatnya dan berniat jahat untuk mengusik hijabnya. Hari itu, muslimah itu singgah dekat dengan sebuah kedai emas. Tukang emas dengan sengaja mengambil hujung bajunya kemudian diikat ke belakangnya. Ketika wanita itu bangkit berdiri, maka terselaklah kainnya.

Kaum Yahudi ketawa terbahak-bahak. Puas hati dapat malukan seorang wanita Islam.

Lalu, wanita itu berteriak, lantas seorang hero Muslim yang ada berhampiran datang menerjah dan menyerang tukang emas itu. Hero tersebut akhirnya berjaya membunuh tukang emas Yahudi!

Kaum Yahudi ketika itu mengepung, mengikat dan menyeksa hero tadi sehinggalah beliau syahid. Allahuakbar.

Apabila hero tu syahid, datanglah kaum muslimin untuk membalas penganiayaan terhadap kaum Yahudi sehinggalah tercetus di dalam sejarah Islam, Perang Bani Qainuqa' (sila semak sirah untuk lebih details dan tepat).

Allah. Demi mempertahankan aurat, maruah dan kehormatan seorang wanita Islam, umat Islam dulu sanggup syahid terkorban.

Tetapi kita pada hari ini, senang-lenang membukanya demi dilihat mata ajnabi dan bukan Islam.

Belum terlambat. Mari perlahan-lahan berubah bersama-sama."

Peluk sahabat kamu dan minta maaf. Nyatakan hajat kamu betul2 mahu ajak dia sama-sama menuju Syurga.

Memang kita belum pasti ahli Syurga.

Namun, kita boleh pastikan kita tidak berada di laluan menuju ke Neraka.

oleh: Muhammad Rusydi


 Thanks for reading, Assalamualaikum ilalliqa' ☺

No comments: